APA ITU IKHTILAT? Baca tauu jgn x baca . Ikhtilat pada asalnya bererti pergaulan. Dalam penulisan ulama Salaf, ikhtilat jarang digunakan untuk pertemuan sosial. Biasanya, digunakan perkataan Liqa’ (pertemuan), Musyarakah (penyertaan) dan Ijtima’ (perjumpaan). Untuk mengkhususkan percampuran yang cela digunakan perkataan Khalwat . Namun, dalam penulisan ulama mutakhir sering kali ditemui perkataan ikhtilat ini. Dari sudut syariah, ianya bermaksud, percampuran lelaki dan perempuan iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada berkumpulan atau bersendirian. Kebiasaannya menyebabkan mereka bertemu satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Ada yang bertanya: “Jika ikhtilat itu tidak semuanya haram, adakah percampuran perempuan dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?” Jawapannya ialah, Tidak, secara pastinya tidak. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HA...