Laman Ilmu 3 Aurat lelaki/wanita

AURAT ?
hurm aurat apa yang anda faham tentang aurat.?

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.


Ramai dikalangan kita pada hari ini sangat mengambil mudah tentang aurat ini.


ada yang sejenis pakai kain kelambu .JARANG bebenor


ada yang sejenis pakai untuk MEMBALUT aurat

ada yang sejenis pakai Kain x cukup ,yang ni lg teruk.

untuk menutup aurat xperlu pakaian mahal2. 
Allah x tgk pon harga baju tu berapa ratus berapa ribu.

Siapa suruh tutup aurat ni?

ALLAH .
berani kau lawan Allah ?
takkan 


Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
dari duluuu lagi Allah suruh kita tutup aurat ni
haa ni yang boleh kau buka aurat kau
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Dan ramai yang anggap sepupu tu mahram .TAK .sepupu ialah orang yang kau boleh berkahwin so aurat kene tutup la sayang..

Image result for aurat wanita
Aurat dgn bukan mahram pulak?
Aurat wanita  adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan..haa so faham x kat sini dia hanya kata muka dan tapak tangan je boleh .so kat sini saya nak bagitau ramai org x kesah dengan aurat kaki.KAKI adalah aurat, yg perlu dijaga .
Image result for aurat wanita
susah nak jaga?punye la senang kau pakai je sarung kaki ke stokin ke.ikut la apekebende tapi yang boleh tutup kaki.
susah nak istiqomah?
Image result for aurat wanita
kau cube ade target kau.
okey.minggu ni aku nak pakai stokin penuh.dan seterusnya kau cube lagi.sentiasa bawak stokin spare dalam handbag kau.ni x bawak barang makeup je.2 kilo pon sanggup bawak barang makeup.
kat kampung pakai selipar?pakai je la sarung kaki tu.x melecet pon kaki kau tu..kalau kawan kmpung kau tanye pehal pakai sarung kaki?
jawab la aku dah biasa pakai ni mase kt korea.HAHAHA
kawan2 kau ejek kau alim?
biarkan .yang penting kau x alirkan dosa kau dekat abang adik kau,ayah kau ,suami kau.
meski pun ayah dah xde.kau tetap alir kan dosa kau tau 
xkan kau sanggup tgk dorang masuk neraka sebab kau yg x tutup aurat ni?
x kesian ke.??
pastu pergelangan tangan .tu pon aurat tau..kalau sekarang kan fesyen dekat tangan kembang2 bagai,so boleh kau nk berfesyen tapi aurat kene jaga .pakailah handsock ke ,stokin kau kerat jd handsock ke.
panas?
kat neraka panas berganda ganda dik.
Tudung pon same.dah keluar macam2 style dah..tapi yang penting tutup dada.
dama kita cuba.
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
.Nasihat bukan Marah.
so jom kita tutup aurat kita!
sama sama perbaiki diri .
semua orang tidak sempurna.
Image result for aurat wanita Image result for aurat wanita Image result for aurat wanita
SAYANGG AURAT KITAA


Comments

Popular posts from this blog

Jom Ke Sekolah

Laman Ilmu 2 ikhtilat

Watikah Perlantikan PRS